Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta -

Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta

SEORANG kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di Bandar Behrang, Tanjung Malim, Perak, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim menerima panggilan mengenai insiden itu pada 8.44 pagi tadi.

“Setibanya anggota di tempat kejadian, seorang kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan terperangkap di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Ford Ranger dengan enjin masih hidup semasa bapanya mengisi minyak,” katanya.

Beliau berkata anggota bomba menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu kereta tersebut sehingga berjaya dan operasi tamat sepenuhnya pada 9.11 pagi — BERNAMA