Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
27 tan organ kerbau sejuk beku dari India disita -

27 tan organ kerbau sejuk beku dari India disita

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

KIRA-KIRA 27 tan pelbagai organ kerbau sejuk beku dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang Sabtu lalu.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, pihaknya menyita 2,516 kotak mengandungi produk ruminan sejuk beku dari India seberat 26,988 kilogram (kg) itu selepas dipercayai menggunakan maklumat tidak tepat dan mengelirukan.

Ujar beliau, hasil pemeriksaan mendapati keseluruhan dagangan diimport itu merupakan bahagian kerbau terdiri daripada 1,000 kg ‘hock tendon’; ekor (2,988 kg); hati (6,000 kg) dan jantung (17,000 kg).

Maqis menyita 2,516 kotak mengandungi produk ruminan sejuk beku dari India seberat 26,988 kilogram (kg)

“Kesemua produk berkenaan dianggarkan bernilai RM262,079.63 dan ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Ikram berkata, penggunaan maklumat tidak tepat dan mengelirukan akan disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar selain mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan,” katanya. – SB