Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kaukus Medical Cannabis jumpa PM  -

Kaukus Medical Cannabis jumpa PM 

KAUKUS Medical Cannabis telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

Kaukus Medical Cannabis menerusi satu kenyataan memaklumkan pertemuaan itu telah membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri ganja untuk tujuan perubatan kegunaan di Malaysia.

“Pertemuan ini membincangkan isu-isu berkaitan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, kes mahkamah berkaitan individu yang menggunakan ganja untuk perubatan serta potensi undustri ini untuk negara,” katanya.

Dalam pada itu katanya, PM telah memberi respons positif berkenaan isu yang dibangkitkan dan akan diperhalusi dengan lebih teliti dalam Mesyuarat Kabinet.

“Perdana Menteri telah memberi respons yang positif dan isu-isu berkaitan industri ini akan dibincang dan diperhalusi dengan lebih teliti dalam Mesyuarat Kabinet,” ujarnya lagi.

Kaukus Medical Cannabis adalah jalinan kerjasama dwi-partisan antara Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. – SB