Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anwar menang tanpa bertanding -

Anwar menang tanpa bertanding

PENYANDANG jawatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pemilihan PKR 2022.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata Anwar mengulangi sejarah pemilihan parti itu pada 2018, dengan menang tanpa bertanding bagi jawatan itu selepas pencalonan bagi bertanding jawatan tertinggi parti diadakan semalam.

“Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi PKR. Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara Anwar,” kata Saifuddin melalui Twitter pagi tadi.

Semalam, kenyataan daripada pejabat Presiden PKR memaklumkan, Anwar akan mempertahankan jawatan itu bagi penggal 2022/2025.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menghantar permohonan pencalonan pada jam 12.14 tengah hari semalam, menerusi aplikasi ADIL.