Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemuda maut dihempap lif  -

Pemuda maut dihempap lif 

SEORANG pemuda maut dihempap lif pengangkut barang di sebuah pasar raya terkemuka di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu, Sabah, petang Isnin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, berkata sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.21 petang.

Katanya, sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan terlentang di pasar raya terbabit.

“Pegawai perubatan yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa yang dikenali sebagai Andrew Munding Kuling, 18, sudah meninggal dunia,” ujarnya menurut laporan BHOnline.

Pasukan bomba mengambil masa satu jam bagi mengeluarkan mayat mangsa yang terletak di tepi lif pengangkut barang berkenaan dan mengalihkannya ke tempat selamat.

Setakat ini, masih belum dipastikan sama ada mangsa pekerja di pasar raya terbabit atau orang awam yang membeli barangan keperluan harian.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi bedah siasat.

“Siasatan terperinci akan dijalankan polis bagi mengetahui punca sebenar insiden meragut nyawa itu,” kata Wan Kamarudin. – SB