Idris Elba ‘tolak’ tawaran James Bond

BAGAIKAN menolak secara baik, itu juga yang dilakukan oleh pelakon antarabangsa Idris Elba apabila mengatakan dia terlalu tua untuk bergelar James Bond.

Semuanya bermula apabila namanya disebut-sebut sebagai pengganti watak ejen 007 yang ditinggalkan oleh Daniel Craig.

“Saya sudah berusia 50 tahun dan berangan-angan mahu membintangi tiga buah filem. Tapi tak ada yang mahu melihat Bond mengejar penjahat dalam usia yang tua.

“Saya seperti terlalu tua untuk mengambil watak seperti itu sekarang,” kata Elba dalam satu temubual bersama Today Online.

Pun begitu, Elba tidak menolak sekiranya dia benar-benar diperlukan untuk menggalas tanggungjawab sebagai James Bond pada masa hadapan.

Malah sekiranya dia diberikan tawaran sebagai musuh utama ejen 0017 sekali pun, dia pasti watak tersebut akan meninggalkan impak kepada kerjayanya.

“Jika ada kesempatan untuk terlibat sama sebagai pelakon mengapa tidak. Saya lebih senang dan gembira kalau diberikan kerenan sebagai penjahat dalam naskhah ini,” tambahnya lagi.

Sejak akhir-akhir ini beberapa nama pelakon popular disebut-sebut sebagai pengganti Daniel Craig termasuklah Peaky Blinders Kingsley.

Selain Elba, Kingsley juga menjadi pilihan ramai pihak kerana dia orang Inggeris, mempunyai bakat dan tampan selain usianya yang baru mencecah 36 tahun.

Namun beberapa maklum balas yang diterima, kebanyakan peminat lebih gemarkan Tom Hardy atau Elba sahaja dipilih sebagai Jemes Bond terbaru.