Lapan peniaga diuji premis hangus dalam kebakaran

0
199

LAPAN peniaga diuji pada hari keempat Ramadan apabila menanggung kerugian selepas kedai mereka hangus dalam kebakaran di Jalan Alsagoff, Pontian , Johor pada petang Rabu.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu melibatkan kedai menjual barangan persiapan haji dan umrah, tudung, basikal dan bengkel motosikal.

Pekerja kedai tudung, Khadijah Misnon, 21, berkata tudung-tudung yang terletak di dalam stor tidak dapat diselamatkan ekoran api marak dengan pantas.

Memetik laporan Kosmo, Khadijah hanya menyedari kebakaran itu setelah dimaklumkan oleh peniaga dari kedai sebelah.

“Tiba-tiba jiran kedai sebelah, Normah Adam, 66, yang merupakan pemilik kedai barangan haji dan umrah memanggil saya dan dua lagi rakan supaya segera hubungi bomba.

“Dia beritahu, terdengar bunyi letupan yang kuat. Tidak lama selepas itu, kami nampak asap. Kami cuba selamatkan barang di dalam kedai yang turut dibantu orang awam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.47 petang.

Menurut beliau seramai 24 anggota dari BBP Pontian, Pontian Baru dan Pekan Nanas dikerahkan untuk operasi memadam kebakaran melibatkan lapan buah pintu rumah kedai yang berusia lebih 40 tahun berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here