Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kelindan maut tercampak dari lori langgar treler -

Kelindan maut tercampak dari lori langgar treler

SEORANG kelindan maut selepas tercampak keluar dari lori membawa muatan besi aluminium apabila kenderaan itu melanggar sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer (km) 250 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Seremban pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa Mohamad Nur Imran Hamidun 23, bersama pemandu lori jenis Hino Muhamad Afzan Zakaria, 31, sedang dalam perjalanan dari Alor Gajah menuju ke Seremban.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah treler jenis Scania membawa muatan getah industri seberat 26 tan metrik yang berhenti di lorong kecemasan kerana dikatakan mengalami kerosakan.

“Akibat pelanggaran yang kuat itu, Mohamad Nur Imran tercampak keluar ke atas lebuh raya dan mengalami kecederaan parah di seluruh badan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Muhamad Afzan hanya cedera ringan di tangan manakala pemandu treler berusia 57 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dibawa ke Jabatan forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kemalangan tersebut turut mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira empat km iaitu selama hampir dua jam.

— BERNAMA