Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rapat saf: Umat Islam perlu terus patuh SOP -

Rapat saf: Umat Islam perlu terus patuh SOP

UMAT Islam di negara ini diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ketika menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal (rapat saf) di masjid dan surau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata pematuhan SOP juga perlu dipraktikkan ketika menghadiri sebarang program keagamaan sepanjang Ramadan.

“Aspek pematuhan SOP perlu dikekalkan. Yang belum ambil vaksin atau dos penggalak, perlu segera berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada 8 Mac lepas mengumumkan aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April 2022.

Idris dalam pada itu menasihatkan ‘geng plastik hitam’ agar tidak mengulangi perbuatan sama untuk mengelakkan diri dari terus dibelenggu dosa kerana tidak berpuasa wajib ketika Ramadan. 

— BERNAMA