Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan pemandu van sekolah disyaki cabul kanak-kanak 11 tahun -

Polis tahan pemandu van sekolah disyaki cabul kanak-kanak 11 tahun

POLIS menahan seorang lelaki  di Jalan Persiaran Utama Seremban 2, di Seremban, Negeri Sembilan semalam, kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof  berkata, lelaki berkenaan ditahan pada pukul 2 petang tadi sementara kejadian dilaporkan berlaku pada 6.20 pagi, dua hari lepas di sekitar Taman Suriaman 3.

Katanya dalam satu kenyataan polis menerima laporan daripada ibu mangsa dan anaknya itu merupakan  penumpang van sekolah yang dipandu oleh lelaki berusia 41 tahun itu.

Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.- BERNAMA