Betul kata Rafizi… Najib tak dapat atasi populariti Muhyiddin

0
293

TEBUAN Tanah (TT) bukanlah sokong Rafizi Ramli. Cuma TT kagum bila Rafizi buat kemunculan semula ke dalam gelanggang politik, ramai ‘kepanasan’ bukan sahaja dalam PKR malah dalam kalangan parti kerajaan pun tak senang duduk.

Walaupun baru beberapa hari , Rafizi sudah mula menjadi topik dalam sembang-sembang politik. Team ‘boss kau’ pun macam tak senang duduk, sebab ada sahaja bekas Ahli Parlimen Pandan itu ‘cuit’ Najib Tun Razak. Sebelum ini, tidak ramai nak melawan hujah dengan Najib, walaupun ada kala hujah macam budak-budak.

Tetapi Rafizi ternyata buat team ‘boss kau’ bagaikan cacing kepanasan. Terbaru, Rafizi dilaporkan berkata, populariti Najib banyak dipengaruhi kempen ‘bossku’ dan penguasaannya dalam media sosial meluas, namun beliau masih gagal mengatasi populariti Muhyiddin.

Betul apa kata Rafizi, Muhyiddin sebenarnya lebih popular dan populariti Muhyiddin adalah atas apa yang beliau buat masa jadi PM selama 18 bulan. Ahli Parlimen Pagoh itu boleh buat lebih baik lagi kalau tak ada ‘duri dalam daging’ ketika beliau memimpin kerajaan.

Jangan lupa bila esok kita melangkah masuk ke fasa endemik dan pembukaan sempadan semua itu adalah hasil perjuangan Muhyiddin.

Kalau Muhyiddin tak laksanakan program vaksinasi negara ketika pandemik Covid ‘menggila’ dulu, negara kita tak kan pulih sekarang. Begitu juga pembukaan sempadan, sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Muhyiddin yang syorkan supaya ia dilaksanakan bermula pada 1 Mac lalu tetapi kerajaan buka 1 April atas sebab-sebab tertentu.

Semuanya adalah hasil kepemimpinan Muhyiddin. Jadi kita tidak boleh lupa perkara itu. Sebab itulah walaupun UMNO cuba ‘nak benamkan’ Muhyiddin di Melaka dan ‘tanamkan’ Bersatu di Johor, mereka gagal. Ia kerana ramai lagi pengundi yang memahami dan mengenang jasa Muhyiddin ketika beliau menjadi PM.

Betullah Muhyiddin lebih popular daripada Najib. Muhyiddin popular kerana sepanjang 18 bulan, rakyat dapat rasai apa yang beliau lakukan ketika berperang dengan pandemik Covid-19, beratus bilion kerajaan salurkan untuk pulihkan kehidupan rakyat dan ekonomi negara. Hanya orang tak tahu bersyukur, tak kenang budi dan bermotif politik saja yang dok canang ‘kerajaan gagal’.

Memanglah Muhyiddin tak ada la ‘nak memekak’ selalu dalam media sosial macam Najib. Semua benda Najib sentuh sebab beliau paling berpengaruh dalam UMNO.

Pemimpin-pemimpin lain mana ada pengaruh macam Najib, semua ikut saja…kalau buat kenyataan pun tak dapat sambutan sangat. Rasanya kalau Najib tak ada, orangpun tak tahu apa UMNO buat, selain cetus dua PRN dan jawatan PM dipegang oleh Ismail Sabri.

Cuba Muhyiddin pun setiap hari ini ‘dok memekak’ dalam media sosial seolah-olah beliau sahaja boleh jadi Perdana Menteri terbaik dan mampu menguruskan urus negara macam ‘orang tu’, dah pasti Muhyiddin pun akan popular. Tetapi Muhyiddin ada cara tersendiri, bila buat kerja serah kepada rakyat menilai dan Allah menentukannya.

Beliau tak buat perangai ‘orang tu’, walaupun parti sendiri dok kerajaan tetapi dok kritik kerajaan seperti mana berlaku 18 bulan masa Muhyiddin sampai ‘nak huru hara’; negara. Jadi betullah Rafizi kata Muhyiddin lebih popular daripada Najib dan pastinya, populariti Muhyiddin bukan kerana ada kes mahkamah atau skandal kewangan yang dianggap menggegarkan dunia…

Tak posa…apa masalah kau?’’

INSHAALLAH, umat Islam akan sambut Ramadan pada Sabtu atau Ahad ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, jabatan-jabatan agama Islam mula mengeluarkan amaran kepada ‘spesis’ yang suka ponteng puasa. Kalau tak boleh puasa sebab-sebab kesihatan tak apa la, tapi ni masalahnya ada yang jenis memang sengaja ponteng.

Dah la ponteng lepas tu selambanya pi beli makanan…jadi geng plastik hitam atau plastik merah. Kedai yang juga makanan kepada geng ponteng ni pun satu hal…apa masalah kau? Tak cukup lagi untung selama ini? Macam jugak kepada geng suka ponteng posa, TT nak tanya juga ‘apa masalah kau’?

Kalau tak nak posa tu, kau orang punya pasal…tetapi jangan dok mengada-gada nak pi beli makanan dalam plastik hitam. TT sokong penuh apa saja tindakan jabatan agama ke atas geng ponteng puasa ni…kalau dulu terkenal kena naik kereta jenazah, kali ini TT nak cadang bawa naik kereta jenazah terus ke tanah perkuburan..letak kejap kat liang lahad…kot-kot mereka akan insaf.

Kalau ada geng hak asasi nak memekak biarkan saja. Tanya mereka, ‘’apa masalah kau’’…

Tebuan Tanah (TT) berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian SatuBerita.

Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. SatuBerita menghargai pendapat anda. Hantar pendapat anda ke emel, [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here