Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tengah hari tanpa bayang di KL, Putrajaya, Shah Alam hari ini -

Tengah hari tanpa bayang di KL, Putrajaya, Shah Alam hari ini

KUALA Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam hari ini mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang. 

Fenomena itu dialami penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 1.19 tengah hari manakala di Shah Alam pada 1.20 tengah hari.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata beliau mahu seluruh Keluarga Malaysia menghayati fenomena itu.

“Orang ramai digalakkan keluar rumah lebih awal untuk memerhatikan perubahan bayang-bayang sendiri atau bayang-bayang objek-objek lain di sekitar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fenomena itu digelar sedemikian kerana pada waktu tengah hari, matahari akan berada tepat di atas kepala setiap orang di atas sepanjang garisan khatulistiwa menyebabkan bayang kepala dan badan akan terjatuh ke tapak kaki seolah-olah tiada bayang yang jatuh ke bumi.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mula mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang  semenjak Rabu lepas (23 Mac) di bandar-bandar di Sarawak iaitu Serian, Sri Aman dan Betong serta Kukup di Johor. 

Negara akan terus mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang diikuti bandar-bandar lain pada tarikh berikutnya sehinggalah ke bandar terakhir iaitu Kudat dan Jambongan di Sabah pada 7 April.

Fenomena itu merupakan susulan daripada Peristiwa Ekuinoks yang berlaku pada Isnin lepas (21 Mac) apabila matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Semasa Peristiwa Ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam selain turut menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi dan musim luruh di hemisfera selatan. – BERNAMA