16,863 kes baharu, 37 kematian akibat Covid-19 direkodkan

0
480

SEBANYAK 16,863 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan, semalam menjadikan jumlah kumulatif meningkatkan kepada 4,138,867 kes di seluruh negara.

Semalam, seramai 26,171 lagi pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan 3,870,937 kes sudah pulih daripada jangkitan wabak itu hingga kini.

Terdapat 233,179 kes aktif, setakat tengah malam tadi, termasuk 226,656 menjalani isolasi di rumah, rawatan di hospital (5,192) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (1,032).

Sementara itu, 37 korban baharu Covid-19 dilaporkan, semalam, termasuk enam kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data dalam laman sesawang COVIDNOW menunjukkan perkembangan itu membawa kepada jumlah kumulatif 34,751 kematian meliputi 7,321 kes BID, setakat ini.

Johor mencatat bilangan tertinggi kematian baharu dengan 12 kes termasuk satu BID, diikuti Kedah (enam termasuk satu BID), serta Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor (masing-masing empat meliputi satu BID).

Selain itu, Pulau Pinang (tiga termasuk satu BID); Sarawak (dua); dan Perak serta Sabah (masing-masing satu).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here