Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis rampas dadah 1.3 tan bernilai RM3.33 juta -

Polis rampas dadah 1.3 tan bernilai RM3.33 juta

POLIS Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Selangor merampas 1.33 tan ganja dianggarkan bernilai RM3.33 juta dalam operasi membabitkan empat serbuan di sekitar Selangor, Khamis lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan di antara 4.40 petang hingga 11 malam itu, polis turut menahan empat lelaki di tiga lokasi berasingan dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah itu.

Polis menahan dua suspek di Subang Jaya, seorang suspek di Rawang dan seorang lagi di Semenyih pada hari sama.

“Hasil serbuan di Subang Jaya, polis menemui dan merampas dadah disyaki jenis ganja seberat 1.33 tan dianggarkan bernilai RM3.33 juta di rumah dipercayai dijadikan stor penyimpanan dadah terbabit.https://054ac0b1817513662ab9bc41f9b0afd1.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html?n=0

“Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 2,576,000 penagih,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, sindiket ini membawa masuk bekalan dadah dari Thailand untuk pasaran tempatan sekitar Selangor dan Johor.

“Siasatan mendapati, sindiket pengedaran dadah ini dipercayai mula aktif sejak pertengahan Januari tahun ini,” katanya.

Menurutnya, suspek yang berumur 23 hingga 46 tahun terdiri daripada ahli perniagaan, penghantar barang serta dua penganggur.

Katanya, saringan awal polis mendapati, seorang daripada empat suspek positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati, seorang daripada empat suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 di mana polis turut menyita pelbagai aset sindiket termasuk empat kenderaan, wang tunai dianggarkan bernilai RM331,900.

“Ini menjadikan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM3.7 juta,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula 25 Mac sehingga 31 Mac bagi membantu siasatan.

“JSJN akan berusaha mengesan saki baki sindiket termasuk dalang yang terbabit untuk diheret ke muka pengadilan.

“Siasatan masih berjalan lagi… mungkin dalam masa seminggu ini kita gambaran jelas mengenai aktiviti sindiket ini,” katanya.