Lelaki hilang ketika memancing

SEORANG lelaki dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Sungai Bauto, dekat Telupid, Sabah, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung menimpa lelaki berusia 46 tahun itu pada 11.43 pagi.

Menurutnya, lima anggota bomba bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebaik tiba, pasukan bomba membuat pencarian di sungai sepanjang 200 meter itu bermula dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Bagaimanapun, mangsa gagal ditemui setakat ini. Pencarian ditangguh pada 3.52 petang tadi dan akan disambung pada pagi esok, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.