Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
36 peratus kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19 -

36 peratus kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19

SERAMAI 1,277,247 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 36 peratus daripada keseluruhan populasi kumpulan berkenaan di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, untuk tempoh sama seramai 2,846,114 remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 91.5 peratus daripada populasi kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,943,587 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sejumlah 15,553,138 individu atau 66.1 peratus telah menerima dos penggalak COVID-19,  22,946,072 atau 97.5 peratus (lengkap vaksinasi) dan 23,222,133 atau 98.7 peratus (menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin).

Untuk vaksinasi harian, sebanyak 27,592 dos vaksin diberikan semalam meliputi 5,911 dos pertama, 1,373 (dos kedua) dan 20,308 (dos penggalak) menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,577,331.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 65 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor tertinggi iaitu 12 kes, diikuti Perak (11), Johor (10), Melaka dan Pahang masing-masing melaporkan lima kes.

Selain itu, Kedah melaporkan empat kes, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan tiga kes, Pulau Pinang (dua), manakala satu kes direkodkan masing-masing di Kelantan, Perlis, Terengganu dan Labuan.- BERNAMA