Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengawal keselamatan didakwa bunuh penyelia kedai buku -

Pengawal keselamatan didakwa bunuh penyelia kedai buku

SEORANG pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Cheras.

Muhamad Yusri Latiff, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Fong Hsu Kei, 25, di Bengkel Pertanian Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia di Taman Mulia, Cheras, antara 1.45 tengah hari hingga 5.30 petang, 12 Mac lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan semula kes untuk laporan bedah siasat.

Tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna kuning dibawa masuk ke dalam mahkamah pada 10.20 pagi dengan diiring beberapa anggota polis.

Pada 12 Mac lepas, media melaporkan seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia kedai buku ditemukan rentung disyaki dibunuh dan dibakar di dalam bengkel sekolah berkenaan.- BERNAMA