Harga petrol RON97 turun 17 sen

0
435

HARGA petrol RON97 yang mencecah sehingga RM4.00 seliter pada minggu lalu, mencatatkan penurunan sebanyak 17 sen menjadikan harga pasaran petrol itu kini RM3.83 sen bermula esok hingga 30 Mac ini.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut Kementerian itu, kerajaan mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here