Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sarawak benar solat di masjid, surau tanpa penjarakkan fizikal mulai 1 April -

Sarawak benar solat di masjid, surau tanpa penjarakkan fizikal mulai 1 April

SARAWAK membenarkan solat fardu dan sunat, khutbah serta wirid di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang diumumkan Majlis Islam Sarawak (MIS), semua aktiviti pengimarahan masjid, surau serta aktiviti sosial di premis-premis berkenaan dibenarkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Pengurusan dan pengebumian jenazah yang tiada kaitan dengan COVID-19 turut dibenarkan dengan penjarakan fizikal.

“SOP itu masih mengekalkan keperluan memakai pelitup muka sepanjang masa, pendaftaran kehadiran melalui MySejahtera, menggalakkan penggunaan sejadah atau alas sujud sendiri.

“Individu yang masih dalam tempoh kuarantin COVID-19 atau yang mempunyai gejala demam, selesema, batuk atau sesak nafas dilarang menghadiri solat dan semua aktiviti di masjid serta surau,” menurut MIS dalam kenyataan hari ini.

MIS memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau bertanggungjawab menguatkuasakan pelaksanaan SOP yang ditetapkan. – BERNAMA