Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Enam laporan polis sabit video Kak Long 7E hina OKU -

Enam laporan polis sabit video Kak Long 7E hina OKU

SEBANYAK enam laporan diterima oleh pihak polis berhubung tindakan Wan Noor Baizura atau dikenali sebagai Kak Long 7E, yang dikatakan menghina golongan orang kurang upaya (OKU) yang tular di media sosial sejak minggu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, keenam-enam laporan dibuat oleh mereka yang tidak puas hati, khususnya golongan OKU yang terkesan dan rasa terhina ekoran perlakuan wanita terbabit mengajuk pergerakan dan mimik muka golongan itu.

Katanya, enam laporan itu masing-masing satu diterima polis Terengganu, Johor, Perak, dan Kuala Lumpur, manakala dua lagi diterima polis Selangor.

Menurut beliau, polis Terengganu akan memanggil wanita terbabit untuk merakam percakapan berhubung kes itu.

“Susulan daripada laporan yang dibuat Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Terengganu, Khamis lalu, kita akan memanggil wanita terbabit untuk mengambil rakaman percakapan di IPD Dungun dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Perjumpaan Ketua Polis Terengganu Bersama Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) Terengganu, pada Selasa.

Rohaimi berkata, kes itu dirujuk kepada polis Selangor memandangkan pihak berkenaan memulakan siasatan selepas menerima laporan dairpada seorang individu golongan OKU fizikal.

Individu berusia 42 tahun dari Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor itu terus membuat laporan polis selepas tidak puas hati dan berasa terhina ekoran tindakan wanita terbabit.

“Kita menyerahkan siasatan Wan Noor Baizura kepada polis Selangor dan kita sedia memberi bantuan termasuk akan mengambil rakaman percakapan wanita terbabit,” katanya.