Mirip babak seks, Zul Ariffin buat netizen panas 

0
1307

PERKONGSIAN beberapa sedutan babak drama yang dimuat naik oleh pelakon Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila menerima pelbagai maklum balas daripada peminat sejak dimuatnaik malam tadi.

Menerusi video berkenaan, beberapa babak panas, daring dan penuh berahi yang dilakonkan bersama pelakon Siti Hariesa dipertontonkan kepada khalayak.

Drama yang berjudul Perempuan itu turut memaparkan Zul merangkul badan Hariesa dan menggendong wanita itu dari depan.

Terdapat juga babak agak menghairahkan ketika Hariesa menyuapkan whipped cream ke dalam mulut Zul dan babak buka baju yang yang kurang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dan menganggap apa yang dilakukan oleh Zul dan pihak produksi keterlaluan dan tidak boleh diterima.

“Gila, cerita Malaysia sudah bertaraf antarabangsa. Makin banyak adengan tak patut dibuat”

“Dah macam filem lucah, baik buat cerita lucah terus. Cerita macam ni pun ada ke?”

“Nak masuk Ramadan lagi banyak cerita mengarut nak disiarkan. Tak malu ke tunjuk babak memberahikan?” 

Namun begitu, perkongsian video yang dimuat naik oleh pelakon yang berusia 35 tahun itu nampaknya sudah dipadam setelah menerima kecaman daripada netizen.

Cubaan SatuBerita untuk mendapatkan kenyataan daripada Zul gagal apabila dia tidak menjawab panggilan dan membalas kiriman yang dihantar. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here