TIGA individu termasuk dua wanita warga Perancis dikhuatiri sesat semasa mendaki Gunung Berembun yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands, hari ni.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada mangsa pada pukul 4.56 petang tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba menerima maklumat tiga individu tersebut telah tersesat semasa melakukan aktiviti itu di trek pendakian gunung tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketika ini, pasukan bomba sedang menaiki gunung tersebut menuju ke lokasi mangsa tersesat bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Katanya Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Multi-Skill Team (Must) juga diarahkan berada dalam keadaan bersiap sedia sekiranya diperlukan untuk dipanggil membantu operasi.– BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.