Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rokok, mercun seludup bernilai lebih RM150,000 dirampas -

Rokok, mercun seludup bernilai lebih RM150,000 dirampas

SEORANG pekedai runcit warga tempatan berusia 50 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai dan mercun di sekitar kawasan Batu Kurau, Kerian, Perak, Rabu lalu.

Suspek ditahan menerusi operasi Op Kontraband yang digerakkan Unit Rusikan Marin (URM) Pulau Pinang yang turut merampas rokok dan mercun tidak bercukai bernilai RM151,345.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komissioner Shamsol Kassim berkata, pihaknya menyerbu dua buah rumah meneruis operasi itu di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Perak antara pukul 6 petang hingga 7 malam.

Katanya, dalam serbuan pertama di rumah suspek pihaknya berjaya merampas sebanyak 77,450 batang rokok tidak bercukai.

“Hasil soal siasat membawa kepada serbuan di lokasi kedua yang mana sebanyak 24,650 batang rokok tidak bercukai dan mercun dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, secara keseluruhan pihaknya merampas sebanyak 102,100 batang rokok tidak bercukai dengan nilai rampasan sebanyak RM 145,479 berserta 180 kotak mercun pelbagai jenis dengan nilai rampasan sebanyak RM 5,866.

Tambahnha, suspek dipercayai mulai aktif mengedar rokok tidak bercukai dan mercun itu sejak enam bulan lalu untuk kedai-kedai runcit di kawasan berdekatan.

“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah(IPD) Kerian untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – SB