Kisah putus cinta Nabila jadi novel

0
822

BUKAN mudah untuk move on meskipun lima tahun sudah berlalu. Bagi Nabila Razali, kegagalan dalam percintaan yang pernah dilaluinya masih meninggalkan rasa sakit berpanjangan.

Terbuka mengenai kisah cinta tak kesampaian, bagi Nabila tidak ada apa yang harus dimalukan.

“Kisah putus cinta ini sudah lama, sebelum saya bergelar artis lagi sebenarnya. Kami bercinta pun tidak lama sebenarnya, dalam setahun. Ketika itu saya belum bergelar seorang artis.

“Punca putus cinta adalah disebabkan orang ketiga. Saya ditinggalkan begitu sahaja tanpa berita sehingga membuatkan saya ketika itu tertanya-tanya sama ada hubungan kami masih berterusan atau tidak,” ujar Nabila berterus terang.

Mengakui itu merupakan kisah paling tragis yang berlaku dalam hidupnya, dia mengambil masa untuk move on dan membina semula kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan.

“Sekarang ini masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Saya pun sudah move on. Tapi ada beberapa perkara yang masih saya tidak boleh lupa.

“Luka mungkin sudah sembuh, namun parutnya masih ada. Tapi saya tidak pun menyimpan rasa denda, cuma saya masih tidak boleh ‘duduk semeja’ lagi dengan dia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak mahu terus membebankan emosi dengan kisah cinta tak jadi, penyanyi yang popular dengan lagu Putus ini mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjayanya sahaja.

Dia baru sahaja melancarkan novel Kerana Aku Cinta berbangga kerana karya tersebut sudah menemui pembaca hasil tulisan Sophilea.

“Novel Kerana Cinta Itu Ada dihasilkan daripada idea asal oleh saya sendiri. Saya guna pengalaman sendiri dan tidak mencipta idea baharu yang tidak saya alami.

“Boleh dikatakan 50 peratus cerita dalam novel ini adalah kisah benar yang berlaku dalam kisah percintaan saya.

“Saya kongsikan pengalaman cinta saya dalam bentuk novel kerana mahu peminat tahu bahawa saya juga pernah mempunyai pengalaman putus cinta,” ceritanya.

Dia juga berharap supaya novel Kerana Cinta Itu Ada dapat memberi semangat untuk mereka yang pernah melalui pengalaman putus cinta dan ditinggalkan untuk bangkit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here