Isteri Justin Bieber diserang penyakit mirip strok

Doktor mendedahkan terdapat gumpalan darah yang sangat kecil pada otaknya.

0
517

ISTERI kepada penyanyi Justin Bieber, Hailey Bieber mengejutkan umum apabila diserang gejala ringan seperti serangan strok yang berlaku beberapa hari lalu.

Ketika itu, dia yang sedang bersarapan bersama Bieber dan tiba-tiba sahaja mengalami serangan dan segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sebaik sahaja menerima rawatan, doktor mendedahkan terdapat gumpalan darah yang sangat kecil pada otaknya lantas membuatkan dia kekurangan oksigen dan mengalami serangan tersebut.

Untungnya, setelah gejala itu muncul, Hailey mampu pulih dalam beberapa jam selepas itu.

Namun begitu, model popular ini menyifatkan perkara tersebut merupakan salah satu momen yang paling menakutkan dalam hidupnya.

“Saya telah melalui pengalaman ngeri tersebut dan sekarang sudah berada di rumah. Semuanya baik-baik sahaja.

“Terima kasih kepada semua doktor dan yang terlibat merawat saya tempoh hari,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here