Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga nama calon MB Johor diserah kepada Sultan Johor -

Tiga nama calon MB Johor diserah kepada Sultan Johor

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

BARISAN Nasional (BN) mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar Johor yang baharu kepada Sultan Johor.

Satu Berita difahamkan, tiga nama itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad, ADUN Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tiga nama berkenaan diserahkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kelmarin, BN mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.

Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi.

Selepas diisytiharkan menang, Ahmad Zahid berkata, gabungan itu secara rasmi akan menamakan kembali Hasni sebagai Menteri Besar Johor dan keputusan itu dibuat sebulat suara. – SB