KEADAAN kesihatan penyanyi, Ali XPDC yang menerima rawatan sejak seminggu lalu semakin merosot apabila dia ‘ditidurkan’ akibat sukar bernafas.
Perkara tersebut dikongsikan oleh isterinya, Sharifah Syarzana yang berkongsi maklumat terkini kepada rakan-rakan dan peminat untuk melakukan bacaan Yasin dan solat hajat.
“Keadaannya 50-50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital,” katanya isterinya.

Terdahulu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang setelah didapati tidak bermaya setelah terlibat dalam satu latihan untuk sebuah konsert bersama ahli kumpulan yang lain.
Pada awalnya keadaan Ali semakin baik meskipun pada peringkat awal, doktor mengesyaki dia terkena serangan strok ringan.
Dalam pada itu, beberapa maklumat penting turut dikongsi oleh kelab peminat XPDC menerusi Facebook termasuklah status terkini keadaan Ali.
“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini (Khamis). Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.
“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan sebelah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah tidurkan sementara buat masa ini.
“Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi ditidurkan dan dipantau. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat,” kongsi pengendali akaun ini lagi.
Mereka juga meminta agar peminat dan ahli keluarga dapat mengirimkan doa dan melakukan solat hajat untuk kesejahteraan Ali dan pulih seperti sedia kala. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.