Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penempatan ambilan khas 4,828 calon berjaya diumum 18 Mac - KPM -

Penempatan ambilan khas 4,828 calon berjaya diumum 18 Mac – KPM

KEPUTUSAN rasmi penempatan 4,828 calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara ‘one-off’ atau sekali sahaja Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac, menurut Kementerian Pendidikan (KPM). 

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan penempatan boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

“Tarikh lapor diri pegawai adalah pada 4 April,” menurut kenyataan itu. 

Julai lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan KPM membuka pengambilan khas secara ‘one-off’ seramai 18,702 pendidik bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di beberapa negeri termasuk Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor.

Pengambilan khas itu dibuat hasil perbincangan secara menyeluruh dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). – BERNAMA