Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sempadan negara dibuka 1 April ini - PM -

Sempadan negara dibuka 1 April ini – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April ini.

Katanya, keputusan ini dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

“Malaysia adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua. Dengan pembukaan semula sempadan, rakyat malaysia yang ada dokumen sah boleh keluar masuk seperti biasa dan boleh pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya.

“Kementerian yang berkaitan juga akan mengeluarkan SOP pembukaan sempadan negara secara terperinci dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.