Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Johor: 64 peratus selesai mengundi awal -

PRN Johor: 64 peratus selesai mengundi awal

SEBANYAK 64 peratus petugas barisan hadapan terdiri polis dan tentera serta pasangan yang mengundi awal hari ini, sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat jam 1 tengah hari tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memaklumkan sebanyak 63 pusat mengundi membabitkan 83 saluran dibuka bermula jam 8 pagi bagi proses pengundian awal PRN Johor.

Sebanyak 29 pusat mengundi awal sudah ditutup jam 12 tengah hari tadi dengan 21 lagi ditutup jam 2 petang ini, manakala 24 pusat mengundi awal lagi akan ditutup jam 5 petang ini.

Sebanyak 83 saluran yang disediakan di premis PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti di dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem tentera.