Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa banjir di Kelantan makin berkurangan -

Mangsa banjir di Kelantan makin berkurangan

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi ini berbanding 1,879 orang daripada 544 keluarga malam tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 8 pagi, kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan sebuah PPS di Tumpat.

Kesemuanya terdiri daripada 485 lelaki, 495 wanita, 208 kanak-kanak lelaki dan 238 kanak-kanak perempuan serta 11 bayi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawangnya pula melaporkan, semua sungai utama di negeri itu kini berada pada paras biasa.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan tiga kawasan di Kelantan masih belum menerima bekalan elektrik berikutan ditutup semasa bencana itu.

Kawasan terlibat ialah Pulau Dolah di Tumpat dan Jabatan Pengairan dan Saliran Pengkalan Rakit serta Jabatan Pengairan dan Saliran Bakat 2 di Pasir Mas. – BERNAMA