Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] 2 lelaki ditahan, halang polis insiden kekecohan perlawanan bola sepak  -

[VIDEO] 2 lelaki ditahan, halang polis insiden kekecohan perlawanan bola sepak 

DUA lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menghalang pihak polis menjalankan tugas semasa berlaku kekecohan melibatkan penyokong selepas satu perlawanan bola sepak di Stadium Cheras dekat sini, tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras mendapati beberapa penyokong bergaduh selepas menonton perlawanan di antara Kuala Lumpur City dan Selangor FC. 

“Pihak polis cuba untuk meleraikan keadaan yang sedang kecoh dan telah mengarahkan kesemua suspek untuk beredar tetapi suspek tersebut tidak mengendahkan arahan yang diberikan,” katanya menurut laporan Bernama.

Katanya kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi  IPD Cheras atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

Dalam perkembangan lain, dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kebakaran yang memusnahkan 52 kenderaan di sebuah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata suspek berusia 31 dan 39 tahun itu masing-masing ditahan petang semalam di sekitar blok perumahan berkenaan. 

“Kedua-dua lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan seorang daripadanya positif dadah.

Semalam Beh dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan pada jam 4.21 pagi berhubung kejadian itu yang memusnahkan 48 motosikal dan empat kereta di kawasan parkir PPR berkenaan. – SB