Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar -

PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media – Annuar

PIHAK penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media untuk memudahkan tugas liputan petugas media, sekali gus mengurangkan penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata penyediaan ruang khas, dapat mewujudkan penjarakan fizikal dalam kalangan petugas media, memandangkan mereka adalah golongan yang sentiasa berada di lapangan, selain sangat terdedah kepada risiko jangkitan.

“Jadi adalah elok bagi parti-parti yang mengendalikan pusat-pusat aktiviti, mengambil kira tentang keselamatan pihak media, kalau dapat diadakan di ruangan sidang media (PC) dan ada masa PC tersusun dan terkawal itu lebih baik daripada bersesak-sesak, ‘jolok’ atau sambil berjalan terpaksa minta komen dalam keadaan tidak terkawal.

“Ini boleh dilakulan demi kebaikan untuk semua sama-sama menjaga keselamatan lebih-lebih lagi petugas media. Kalau petugas media semua sakit nanti semua orang susah juga…tiada berita,” katanya selepas majlis penyampaian Watikah Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor (Zon Timur) di Dewan Serbaguna Kota Kecil, di sini malam tadi.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasihat kementerian kepada penganjur majlis parti politik untuk mengelakkan petugas media dijangkiti COVID-19 ketika musim pilihan raya. 

Beliau turut menasihatkan kepada semua petugas media yang bertugas sepanjang PRN Johor, untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan kesihatan kendiri, selain mengamalkan 3W (Wash, Wear and Warn).

“Kita harus menghargai pengorbanan pihak media… mereka mudah terdedah, kalau tidak mahu terdedah hanya duduk di rumah, tapi mana mungkin petugas media nak berada di rumah, media kalau perang pun, mereka ada di medan perang,” katanya.

Pada 11 Februari lepas, dilaporkan seramai empat petugas media yang membuat liputan PRN Johor, disahkan positif COVID-19, manakala sekurang-kurangnya lima lagi diarah menjalani kuarantin kendiri.- BERNAMA