Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes Covid-19 kekal melepasi angka 30,000  -

Kes Covid-19 kekal melepasi angka 30,000 

KES harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan dengan 32,070 pada Khamis menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 3,337,227 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 99.44 peratus daripadanya adalah pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, manakala 180 kes atau 0.56 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

KKM juga memaklumkan sebanyak 46 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 32,534.

Daripada 46 kes kematian itu, 17 kes merupakan kes kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan BID sebanyak 6,646.

Dalam pada itu, sebanyak 8,692 pertambahan kes aktif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 286,521 kes.

Sebanyak 95.6 peratus atau 273,799 kes aktif menjalani kuarantin di rumah dan 4,356 pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Manakala, seramai 8,039 kes dirawat di hospital dan 327 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, sebanyak 201 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala 126 kes lagi tidak memerlukan ABP. – SB