Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran banjir di Kuala Krai, Tanah Merah hari ini -
Amaran Banjir JPS

Amaran banjir di Kuala Krai, Tanah Merah hari ini

PUSAT Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir dijangka berlaku di jajahan Kuala Krai dan Tanah Merah bermula Jumaat.

Menurut kenyataan dikeluarkan jabatan itu pada Jumaat, beberapa lokasi di dua jajahan tersebut dikenal pasti dijangka berlakunya banjir secara berperingkat sekiranya hujan lebat berpanjangan di lembangan Sungai Kelantan.

“Lokasi dijangka banjir di Tanah Merah bermula 12 tengah hari ini adalah Kampung Renab, Kampung Kajang, Kampung Padang Kijang dan kawasan sekitarnya.

“Di Kuala Krai pula dijangka berlaku banjir pada pukul 8 malam ini melibatkan Kampung Dabong, Kampung Kemubu, Kampung Mesek, Kampung Tualang, Kampung Karangan, Kampung Manek Urai, Kampung Bedal, Kampung Gatal,Bukit Sireh dan kawasan sekitarnya,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, menurut info banjir JPS setakat 11 pagi melaporkan hanya satu sungai utama berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 25.17 meter (m) manakala dua sungai di jajahan Kuala Krai iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang dan Kampung Sungai Nal berada pada paras amaran dengan masing-masing mencatatkan bacaan 34.63 m dan 24.18 m. – Bernama