Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Syarikat produksi swasta digalak hasilkan program didik guna media sosial secara berhemah - Zahidi -

Syarikat produksi swasta digalak hasilkan program didik guna media sosial secara berhemah – Zahidi

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menggalakkan lebih banyak syarikat produksi swasta untuk bersama-sama mewujudkan program bagi mendidik orang ramai menggunakan media sosial secara berhemah.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kerjasama itu boleh dilakukan dengan agensi di bawah kementerian tersebut seperti CyberSecurity Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“KKMM akan sentiasa memberi sokongan dalam pewujudan program sebegini sebab media sosial ini kalau disalah guna akan menyebabkan negara menjadi kelam-kabut dengan penyebaran fitnah,” katanya ketika melancarkan program realiti ‘Jari Neraka’ terbitan syarikat Rentak Sehati Sdn Bhd.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi.

Pengurus Produksi Rentak Sehati Sdn Bhd Ahmad Qusairy Faudzi pula berkata Jari Neraka merupakan program realiti yang bertujuan memberi didikan dan pengajaran kepada warganet mengenai penyalahgunaan media sosial.

“Waktu sekarang ini kecaman, fitnah dan spekulasi menjadi normal dalam kalangan kita, nampak seperti tak ada apa tetapi pihak yang terlibat boleh mendapat depresi dan tekanan sehingga boleh menyebabkan kematian, sebab itu kita tidak mahu perkara ini berlaku,” katanya. 

Program itu akan disiarkan menerusi saluran YouTube syarikat berkenaan mulai hari ini.– BERNAMA