Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KPLB sedia jika MRSM digunakan sebagai pusat pengundian -

KPLB sedia jika MRSM digunakan sebagai pusat pengundian

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digunakan sebagai pusat pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPR berhubung hal itu.

“SPR adalah sebuah badan bebas yang diberi kuasa untuk mengendalikan pilihan raya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut Kementerian Pelajaran, sebanyak 151 sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat mengundi bagi PRN Johor.

Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap MARA Corp, beliau berkata tindakan akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai.- BERNAMA