Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kesan tapak baharu Pak Belang di Gua Musang -

Kesan tapak baharu Pak Belang di Gua Musang

PENDUDUK Orang Asli di sekitar Gua Musang, Kelantan menemui kesan baharu beberapa tapak kaki harimau belang di sekitar Kampung Pos Bihai dan Pos Balar, sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihak terlibat dalam operasi menangkap harimau bagaimanapun belum berjaya mengesan kelibat haiwan tersebut setakat ini.

Ketika ini, beberapa pihak memantau pergerakan haiwan itu dan usaha menangkapnya, termasuk Pasukan Senoi Praaq atau Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak dan petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurut Foo, masyarakat Orang Asli masih lagi hidup dalam kebimbangan kerana percaya haiwan tersebut masih berkeliaran di kawasan sekitar.

“Untuk makluman berdasarkan maklumat yang kita perolehi di dalam dua tiga hari lepas, masih terdapat kesan-kesan terdapatnya harimau di Pos Bihai, Kampung Tendrik, Kampung Remau dan sekitarnya juga,” katanya.

Pada 7 Januari lalu, seorang lelaki Orang Asli, Anek Along, 59, ditemui maut selepas dipercayai dibaham seekor harimau belang di Kampung Sau, Pos Bihai – SB