Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pahang batal lesen balak 40.47 hektar di Bukit Makro -

Pahang batal lesen balak 40.47 hektar di Bukit Makro

JABATAN Perhutanan Pahang (JPNP) mengesahkan kerajaan negeri telah membatalkan kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro, Maran, melibatkan tanah kerajaan yang diberikan kepada Amanah Saham Pahang (ASPA) pada 17 Januari lepas. 

Menurut JPNP dalam kenyataannya hari ini, keputusan membatalkan kelulusan itu dibuat setelah kerajaan Pahang membuat penilaian berdasarkan analisis pascabanjir dan mengambil kira kepentingan awam. 

Sehubungan itu, JPNP telah mengarahkan semua aktiviti prapembalakan di kawasan itu dihentikan selain semua jentera terlibat dikeluarkan. 

JPNP memaklumkan kawasan yang diluluskan itu tidak berada dalam kawasan hutan simpan dan penilaian yang diperlukan, khususnya berkaitan impak alam sekitar telah memperoleh kelulusan daripada jabatan terlibat. 

“Kerja pembalakan di kawasan itu masih belum dimulakan oleh pelesen. Hanya kerja awalan membersihkan jalan pengeluaran dan pembinaan matau utama atas tanah kerajaan sahaja yang telah dimulakan.

“Bagaimanapun, JPNP telah mengarahkan kerja itu dihentikan semasa musim tengkujuh dan banjir yang berlaku baru-baru ini,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan isu tular di Facebook sejak Ahad lepas mendesak kerajaan negeri membatalkan lesen pembalakan di hutan Bukit Makro yang didakwa diluluskan pada akhir 2020 namun dikatakan operasi pembalakan itu ditangguhkan akibat musim tengkujuh. – Bernama