Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Puad tidak layak, dia sendiri gagal - Razali -

[VIDEO] Puad tidak layak, dia sendiri gagal – Razali

TINDAKAN dan usaha Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengkritik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, lebih dilihat bagi mempromosi diri termasuk untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Senator Datuk Razali Idris menegaskan, Mohd. Puad bukanlah individu yang layak untuk berbuat demikian.

Menurut beliau, ini kerana Mohd. Puad disifatkannya sebagai bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang gagal sehinggakan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Dia (Puad) bekas Pengarah Jasa yang gagal sehingga UMNO dan BN tumbang dalam PRU-14. Dia juga gagal dan kalah di Batu Pahat.

“Dia juga salah seorang pendesak supaya diadakan PRU-15. Itulah siapa sebenarnya Mohd. Puad Zarkashi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut beliau berkata, berdasarkan rekod kegagalan Mohd. Puad yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sudah lama ditolak oleh pengundi dan rakyat.

“Kini saya tengok dia buat kenyataan menghentam Muhyiddin dengan harapan kehadirannya dalam UMNO dan dalam kalangan rakyat tidak dilupakan terutama ketika PRN Johor ini,” kata Razali.

Razali mengulas kenyataan Mohd. Puad yang menuduh Muhyiddin sebagai pakar khianat hingga terpaksa dipecat dari UMNO dan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu Razali meminta rakyat terutama rakyat Johor supaya memikir siapa sebenarnya Mohd. Puad dan alasan sebenar Muhyiddin dipecat.

Jelasnya, rakyat semua mengetahui fakta sebenar Muhyiddin dipecat kerana hendak memperbetulkan kerajaan ketika itu dan juga UMNO iaitu isu 1MDB.

Beliau berkata, disebabkan teguran itulah Muhyiddin dipecat dan ini jelas bahawa hakikatnya Muhyiddin mementingkan integriti.

“Kini semua sudah jelas dari teguran Muhyiddin itu, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak terpalit dengan kes mahkamah dan didapati bersalah. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula diarah untuk membela diri dengan kes mahkamahnya,” katanya. – SB