Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hampir 170,000 kanak-kanak di Malaysia telah divaksin -

Hampir 170,000 kanak-kanak di Malaysia telah divaksin

SEBANYAK 169,710 atau 4.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

PICKids dilancarkan 3 Feb lepas dengan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,258,893 atau 56.4 peratus populasi dewasa dalam negara telah menerima dos penggalak COVID-19, setakat semalam.

Sejumlah 22,936,644 individu atau 97.5 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 98.7 peratus atau 23,212,859 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,795,507 individu atau 89.8 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,874,510 atau 92.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 118,875 dos vaksin diberikan meliputi 35,441 dos pertama, 649 dos kedua dan 82,785 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 65,042,686 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 11 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu lima kes, diikuti Johor dengan empat kes, manakala satu kes masing-masing direkodkan di Kelantan dan Pahang.

— BERNAMA