MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengotakan janjinya untuk memastikan anaknya mengambil suntikan vaksinasi Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids)
Anak bongsunya, Raif menerima dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
Keputusan itu sekali gus menafikan tohmahan pengkritik dan kumpulan penentang vaksin untuk kanak-kanak yang sebelum ini mendakwa Khairy tidak berani untuk membenarkan anaknya menerima vaksin.
Malah, kumpulan berkenaan mencabar Khairy untuk menyuntik anaknya dengan vaksin Covid-19 sebelum meminta rakyat melakukannya.
“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya, Raif di WTCKL. Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19,” ciapnya di Twitter.
Dalam pada itu, Khairy menyarankan agar ibu bapa di negara ini segera mendaftarkan anak masing-masing untuk mendapatkan perlindungan daripada wabak Covid-19 menerusi suntikan vaksinasi.
Terdahulu, pada 3 Januari 2022, Khairy memaklumkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun itu untuk menerima suntikan vaksin menerusi tempahan di aplikasi MySejahtera.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.