Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Penumpang mengamuk, pesawat mendarat cemas -

[VIDEO] Penumpang mengamuk, pesawat mendarat cemas

SEORANG penumpang lelaki dalam sebuah pesawat yang dalam perjalanan dari New York ke Orlando, Florida dikatakan mengamuk dan mengugut mahu membunuh semua penumpang dan menyebabkan pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan cemas di Carolina Utara.

Pesawat Frontier Airlines dengan nombor penerbangan 1335 itu berlepas dari Lapangan Terbang LaGuardia di Bandar Raya New York dan menuju ke Orlando pada malam Rabu lalu.

Lelaki terbabit difahamkan secara tiba-tiba mengamuk dan menjerit sebelum dia dikelilingi oleh penumpang-penumpang lain yang cuba mengikatnya pada kerusi.

Menurut seorang penumpang lain dalam pesawat tersebut, dia memberitahu stesen televisyen WTVD bahawa lelaki yang identitinya tidak diketahui itu mengancam untuk mencederakan seorang bayi dan mengaku mahu membunuh semua penumpang di dalam pesawat tersebut.

Lelaki tersebut juga dilaporkan menuduh seorang wanita sebagai cuba untuk mencuri asid deoksiribonukleik (DNA) miliknya dengan menggunakan picagari.

“Jangan, lepaskan saya. Tidak!” jerit lelaki berkenaan seperti yang dapat didengari menerusi sebuah rakaman video kejadian yang tular di Twitter.

Selain itu, dapat didengari seorang penumpang lain yang turut menjerit meminta orang ramai untuk mengikat lelaki tersebut.

Bagaimanapun, penerbangan Frontier Airlines itu akhirnya terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh-Durham di Carolina Utara, di mana lelaki berkenaan dibawa pasukan keselamatan untuk disoal siasat.

Pesawat tersebut juga dikatakan ditahan seketika selama dua jam sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Orlando. – SB