Radzi jemput guru di JB, Muar sertai sesi kongsi idea

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin menjemput guru-guru yang berada di sekitar Johor Bahru dan Muar untuk menyertai sesi sembang santai pada Jumaat dan Ahad ini.

Menurut Radzi, sesi sembang santai itu adalah untuk berkongsi idea dan bertukar pandangan berkaitan hal pendidikan negara.

Kata beliau, sesi berkenaan diadakan sempena lawatannya ke Johor bagi melawat sekolah-sekolah di beberapa daerah mulai esok.

“Untuk itu, sekitar pukul 3.30 petang Jumaat ini, saya ingin menjemput cikgu-cikgu dari sekitar Johor Bahru menyertai sesi sembang santai berkongsi idea serta bertukar pandangan berkaitan hal pendidikan negara.

“Insya-Allah, saya juga akan singgah bertemu guru-guru di Muat bagi sesi yang sama pada hari Ahad ini, pukul 3.30 petang.

“Kepada cikgu-cikgu di sekitar Johor Bahru dan Muar yang ingin turut serta, bolehlah mengisi butiran kehadiran melalui link http://tiny.cc/minumpetangDRJJBMuar. Cikgu yang terawal mengemukakan maklum balas akan dihubungi,” katanya dalam hantaran di Facebook.