Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peniaga rugi lebih RM45,000 ditipu Macau Scam -

Peniaga rugi lebih RM45,000 ditipu Macau Scam

SEORANG peniaga lelaki kerugian lebih RM45,400 selepas terpedaya dengan ugutan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di Kuantan, Pahang, pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 32 tahun menerima panggilan individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN yang mendakwa dia mempunyai tunggakan cukai syarikat sebanyak RM52,978.00.

Mangsa menafikan dakwaan berkenaan dan kemudiannya disambung dengan individu yang menyamar sebagai ‘Sarjan Siva’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu.

“Mangsa mengisi maklumat akaun bank yang disediakan suspek dan semalam mangsa menyedari wang dalam akaun banknya hilang sebanyak RM45,400.60.

“Mangsa ke bank untuk membuat semakan dan terbukti berlaku pindahan wang ke akaun satu akaun. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – SB