PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disahkan dijangkiti virus covid-19.
Perkara berkenaan telah diumumkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada Rabu.
Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, jangkitan berkenaan dikesan setelah beliau melakukan ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik. Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM,” kata Presiden Bersatu berkenaan
Muhyiddin dalam hantara Facebooknya itu juga memohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan dirinya dan keluarga. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.