Azman Naim 44 Mantra yang tular di media sosial menerusi nyanyian ‘Cover Rosak’, tampil menjelaskan kenapa dia menolak tawaran menyertai program nyanyian televisyen, meskipun suaranya dikatakan boleh tahan.
Azman atau nama sebenarnya Mohd. Nur Azman Naim mengesahkan telah beberapa dipanggil kali dipanggil menyertai program nyanyian, namun menolak atas sebab tertentu.
“Berulang saya tolak tapi tetap dipanggil. Ada yang sampai hari ini mereka hubungi saya.
“Salah satunya (sebab) adalah saya bukan terer sangat menyanyi, dan saya bukan boleh nyanyi semua jenis genre. Takkan saya nak nyanyi lagu dangdut siap gelek?” katanya menerusi status di Facebooknya, hari ini.
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Saya bukan penyanyi, hanya mahu luah isi hati rakyat – Azman Naim
Malah, Azman dengan rendah diri tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai penghibur dan tidak bersetuju sekiranya menyertai program nyanyian untuk mengejar popolariti dan rating semata-mata.
“Nak buat tu sekadar nak rating dan populariti? Kamon la. Saya bukan penghibur. Menghibur dan berhibur kena ada limit,” katanya.
Bagaimanapun, Azman memahami keperluan syarikat televisyen yang mencari individu tular di media sosial untuk menyertai program mereka bagi meningkatkan rating masing-masing.
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Buah tangan terbaharu Azman Naim Cover Rosak sempena kebenaran rentas negeri
Baginya, pendekatan itu tidak salah kerana ia adalah antara satu strategi syarikat media menangani isu kesukaran untuk mendapatkan penonton setelah orang ramai lebih gemar mendapatkan hiburan menerusi media sosial.
“Saya pulak, kalau tak kena dengan diri, saya tak nak pergi. Bukan hendak memilih, tapi kita kena tahu letak harga diri kita kat mana. Duit dan populariti tidak boleh beli kelas.
“Zaman sekarang zaman gila orang politik rosakkan politik itu sendri, orang dalam industri seni rosakkan industri sendiri. Saya memang perosak, kalau saya sertai, semua akan hancur dan reset terus.
“Berhenti rosakkan industru seni dan kreatif kita,” ujarnya mengakhiri hantaran tersebut.—SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.