Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ejen hartanah didakwa langgar anggota polis dalam sekatan jalan raya -

Ejen hartanah didakwa langgar anggota polis dalam sekatan jalan raya

SEORANG ejen hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen hari ini atas pertuduhan cuba membunuh dengan melanggar seorang anggota polis sehingga cedera parah dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR),  awal bulan ini.

Baca berita berkaitan: Pemandu langgar polis didakwa hari ini

Yap Kah Wai, 29, didakwa melanggar Lans Koperal Meor Mohd Asri Meor Azlan Shah, 33, menggunakan kereta di SJR Jalan Besar Seri Kembangan, menghala ke Pekan Seri Kembangan, pada 1.50 pagi, pada 5 Februari lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat tidak menawarkan jaminan kerana mangsa mengalami cedera parah selain tertuduh mempunyai 16 rekod jenayah lampau antaranya dadah, samun dan mencuri kenderaan.

Peguam Kailash Sharma memohon jaminan mengambil kira faktor anak guamnya itu belum dibuktikan bersalah, namun Hakim Jamaludin Mat tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes.

Pada 5 Feb lepas, Bernama melaporkan seorang anggota polis dari Balai Polis Seri Kembangan cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika bertugas dalam SJR dan akibat kejadian itu, mangsa patah kaki kanan dan menerima enam jahitan di belakang kepala selain cedera di kedua-dua tangan. – Bernama