Peningkatan kes Covid-19 tidak halang penganjuran Sukma

0
428

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PEINGKATAN kes Covid-19 bukan satu halangan untuk Kementeria Belia dan Sukan (KBS) untuk meneruskan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin, penganjurannya boleh dilaksanakan sekiranya mengikut prosedur operasi standard (SOP), namun skala pelaksanaannya tertakluk kepada kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya percaya kalau kita terus menjaga SOP sebagainya, tiada acara yang boleh terganggu.

“Malangnya ia hanya akan terganggu jika orang ramai tidak patuh kepada SOP
dan akan menyebabkan banyak jangkitan, dan apabila itu berlaku tentunya akan merencatkan kemeriahan apa juga penganjuran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Kota Tinggi, hari ini.

Beliau mengulas sama ada peningkatan kes Covid-19 akan menjejaskan penganjuran Sukma Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau memberitahu, tarikh penganjuran Sukma Kuala Lumpur serta acara yang akan dipertandingkan dijangka dapat muktamadkan pada akhir bulan ini.

“Kita juga masih tunggu memorandum daripada jemaah menteri untuk kita mohon daripada kerajaan agar menyediakan satu jumlah peruntukan untuk kita mengadakan Sukma Kuala Lumpur,” katanya.

Berkenan keadaan fasiliti bagi Sukma Johor yang bakal diadakan pada 2024, Ahmad Faizal berkata, pihak berkaitan diminta agar sentiasa melakukan penyelenggaraan dan berharap agar fasiliti tersebut dapat digunakan untuk kegunaan ramai.

“Maintainence (penyelenggaraan) kalau pun tidak ada Sukma, kita tetap kena selenggara…saya mohon semua pihak sebagai penyelenggara fasiliti hendaklah menjaga dengan baik.

“Kerana semua fasiliti kita bina adalah menggunakan kantung (peruntukan) daripada kerajaan dan ia wang rakyat amat perlu kita jaga sebaik mungkin,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here