Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Johor: PN selesai bahagi kerusi -

PRN Johor: PN selesai bahagi kerusi

PERIKATAN Nasional (PN) telah selesai membahagikan semua kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, pembahagian melibatkan Bersatu, PAS dan Gerakan itu selesai sepenuhnya petang semalam, namun pengumuman calon hanya akan dilakukan selepas 11 Februari ini apabila PN selesai mengadakan beberapa program termasuk pelancaran jentera di Johor Bahru.

“Bagi kerusi yang dipertandingkan, kita akan fokus semua kerusi tetapi kita mempunyai beberapa tempat yang kita yakin ada peluang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Penerangan Isu Semasa di sini malam tadi.

Wan Saiful berkata, bagi kerusi tumpuan, ia akan diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya PRN Johor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beliau telah menggariskan strategi besar untuk seluruh negeri.

Mengulas mengenai tindakan lebih 300 ahli Bersatu Bahagian Tanjung Piai keluar daripada parti itu dan menyertai Warisan, beliau berkata Bersatu tidak terkesan dengan perkara yang berlaku dan tetap akan bertanding di kawasan terbabit.

Menurut Wan Saiful, pengumuman keluar parti itu hanya dibuat oleh individu dan tidak menjejaskan struktur parti malah keahlian mereka akan digantikan dengan orang lain.- BERNAMA